Tuesday, January 24, 2012

Pertarungan!

Di depan kuburan Hamzah Khattab membaca sebuah puisi (suara dalam hati bergema) :

Di sana 

Kau akan minum Kaa Fura

Di dalam piala jaya


Dan kau akan minum lagi

Air Zanjabila

Dari mata air Salsabila


Buat laraskan tekakmu 
Yang dulu
Tika di fana' ini
Kau laharkan
Kebenaran
Kebenaran
Kebenaran
Kebenaran
Haq!


Masuk lagu : Mentera Semerah Padi.....

Abidin dan Khattab sedang bertarung di suatu kawasan di Kuala Lumpur. Kereta mereka diblok oleh sebuah kereta Hijau Kuning. Sebuah lagi kereta sampai di kanan dan sebuah van di belakang... 7 orang semuanya keluar. Seorang berlari pantas membuka bonet Jeep dan mengambil satu brief case. Brief case dibuka dan terlihat tepungan berbungkusan... Yang lain bertarung dengan koreografi yang menarik. Kawasan pergaduhan adalah lorongan. [Lokasi sebenar di Pekan Lama di Ipoh]

Yang mengambil brief case tersebut terus masuk ke dalam Hijau Kuning. Kereta Hijau Kuning terus memecut beredar dengan bunyi spinning... Sedikit aksi drift n drag... Setelah melihat kereta Hijau Kuning berlepas. Yang lain ("musuh") naik kereta satu lagi dan berlepas pergi. Abidin terus menaiki Van dan beredar. Juga Khattab. Bunyi siren kereta polis. Kawasan pergaduhan telah lengang sebaik sahaja kereta polis sampai. Kereta polis kemudiannya beredar dengan siren seperti mengejar penjenayah. Bunyi siren faded....

Di tempat kejadian. Lengang kembali. Kelihatan mamat graffit berlari ke arah dinding dan spray graffiti.... "Hamzah" dalam tulisan Jawi. Bermulalah lagu.... (*)

------------------------------------------------------------
Khattab dan Abidin keletihan masuk ke sebuah rumah. Abidin terus terlentok di ruang tamu. Khattab masuk ke bilik. Terus solat dan tidur di katil. Di sebelah katil ada suatu ruang di mana terdapat serbuk tepun di dalam bekas. Terbungkus banyak dan tersusun rapi di atas sebuah meja.

Suatu rempuhan oleh unit anti narkotik. Secara senyap merempu masuk dan memberkas Abidin dan Khattab. Mereka tak sempat berbuat apa-apa kerana tidur nyenyak keltihan. Barang kes dirampas. Mereka menaiki black maria... faded/cut to...

-----------------------------------------------------------------------------------------

Abah di pejabat peguamnya. Telefon abah berdering. Suatu panggilan ke balai. Khattab dan Abidin diikat jamin. RM300,000-00. Abah berjaya aturkan pelepasan dengan ikat jamin. Abidin pulang bersama orang lain. Khattab menaiki kerata abah dan bergerak bersama.

Abah: Sheikh sihat? Apa pesan sheikh?

Khattab: Banyakkan minum air. Kencing manis serang tanpa sedar. Dua botol air masak setiap hari.

Abah: Beta bagaimana?

Khattab: Dalam  bahaya.... Nyawanya...

Abah: Apa yang mesti dibuat?

Khattab: Barangkali takdirnya semakin dekat. Sudah tiada pilihan. Beta dijejaki. Gerinya semakin dikesan.

Abah: Diposkan dia dari Taiko Sam.

Khattab: Taiko Sam sudah menyayangi dia. Tak mungkin nak dipisahkan. Kelak akan tiris.

Abah: Tiada jalan lagikah?

Khattab: Amat sukar. Sukar sekali. Kes ini bagaimana?

Abah: Oh! nanti kita rujuk semula precedent. Barangkali soal kedekatan boleh dihujah.

Khattab: Maksud abah?

Abah: Ya, antara barang kes dengan dirimu ada jarak yang boleh dihujahkan kepada pemilikan dan kepunyaan. Barang itu bukan kepunyaanmu. Bukan dalam milikan kamu.

Khattab: ohhh! Peguam terhandal. Pasti dipermudahkan oleh Allah.

Abah: Ilmu itu milik Allah. Dan abah hanyalah seorang nazir yang memberikan penjelasan.

Khattab: Ya, abah. Namun rasanya dalam hal Beta nanti jua pasti khidmat abah diperlukan lagi.

Abah: Kuat benar rasa hatimu.

Khattab: Bila saat ajal sudah tiba, takkan bisa dipercepatkan sesaat mahupun dilewatkan Illahi.

Abah: Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Pengasihani. Kita bertawakkal kepadaNya.

No comments: