Thursday, April 28, 2011

Cerpen - Sebuah cerpen yang paling pendek

Beginilah bermulanya kisah dalam cerpen ini. Tentang seorang penulis cerpen yang bernama Cerpen. Cerpen memang kepingin untuk menulis sebuah cerpen. Lalu dia bertanya kepada dirinya.

"Apakah maksud cerpen?", bertanya Cerpen kepada hatinya.

"Cerpen bermaksud, sebuah cerita pendek.", jawab hatinya.

Justeru, Cerpen dengan tegas menyatakan kepada hatinya bahawa dia akan menulis suatu cerpen yang paling pendek. Dan apakah akan ada lagi cerpen sependek yang akan ditulisnya. Dan adakah cerpen yang sependek ini juga layak diklasifikasikan sebagai sebuah cerpen?

Cerpen yang ditulis oleh Cerpen akhirnya telah disiapkan. Dengan penuh rasa yakin Cerpen mengindorskan pada akhir cerpennya sebgini: Cerpen Yang Paling Pendek. Ditulis oleh Cerpen.

Keesokan harinya cerpen yang dikarang oleh Cerpen telah disiap untuk dibaca oleh para pembaca. Seluruh manusia di dunia ini boleh membaca cerpen yang paling pendek yang ditulis oleh Cerpen. Cerpen amat gembira tak terhingga kerana hasratnya untuk menulis sebuah cerpen yang paling pendek telah menjadikan kenyataan. Namun ada juga persoalannya! Apakah akan ada lagi cerpen yang lebih pendek daripada cerpen yang ditulis oleh Cerpen.

No comments: