Friday, June 10, 2011

Al Insan - Pesan Dari Sorga (Buat Kekanda Amirul Fakir - Perginya Bersama Pesan)

Di sana
Kau akan minum Kaa Fura
Di dalam piala jaya


Dan kau akan minum lagi
Air Zanjabila
Dari mata air Salsabila


Buat laraskan tekakmu
Yang dulu
Tika di fana' ini
Kau laharkan
Kebenaran
Kebenaran
Kebenaran
Kebenaran
Haq!

Friday, April 29, 2011

Cerpen - Al Khunnas (Bahagian Pertama)

Siapakah namamu? Al Khunnas. Aku adalah penyedut jisim. Aku berlegar-legar ke mana-mana sahaja mahuku. Dan aku tak boleh dilihat kamu. Aku ini halimunan. Bilasaja kusedut jisim, lalu jisim akan lenyap dalam diriku yang vakum. Tetapi, ada beberapa orang di dunia ini telah terpilih dan dipilih menjadi geng Pintu. Geng Pintu ini sebenarnya bukannya dipilih atau terpilih, tetapi mereka sendiri telah memilih diri mereka menjadi Geng Pintu. Geng Pintu ini sahaja yang tahu di manakah aku berada. 

Aku bebas mengembara ke mana saja. Jika kau tahu tentang masa, aku pula adalah lawan kepada masa. Masa ada jangka waktu. Namun aku tiada. Aku juga tiada tempat walaupun sebenarnya adanya tempat untuk aku. Aku juga tiada mengerti apa itu jarak kerana tempat dan masa itu bukanlah aku. 

Thursday, April 28, 2011

Cerpen - Sebuah cerpen yang paling pendek

Beginilah bermulanya kisah dalam cerpen ini. Tentang seorang penulis cerpen yang bernama Cerpen. Cerpen memang kepingin untuk menulis sebuah cerpen. Lalu dia bertanya kepada dirinya.

"Apakah maksud cerpen?", bertanya Cerpen kepada hatinya.

"Cerpen bermaksud, sebuah cerita pendek.", jawab hatinya.

Justeru, Cerpen dengan tegas menyatakan kepada hatinya bahawa dia akan menulis suatu cerpen yang paling pendek. Dan apakah akan ada lagi cerpen sependek yang akan ditulisnya. Dan adakah cerpen yang sependek ini juga layak diklasifikasikan sebagai sebuah cerpen?

Cerpen yang ditulis oleh Cerpen akhirnya telah disiapkan. Dengan penuh rasa yakin Cerpen mengindorskan pada akhir cerpennya sebgini: Cerpen Yang Paling Pendek. Ditulis oleh Cerpen.

Keesokan harinya cerpen yang dikarang oleh Cerpen telah disiap untuk dibaca oleh para pembaca. Seluruh manusia di dunia ini boleh membaca cerpen yang paling pendek yang ditulis oleh Cerpen. Cerpen amat gembira tak terhingga kerana hasratnya untuk menulis sebuah cerpen yang paling pendek telah menjadikan kenyataan. Namun ada juga persoalannya! Apakah akan ada lagi cerpen yang lebih pendek daripada cerpen yang ditulis oleh Cerpen.