Sunday, September 2, 2012

Cerpendek Terpendek

Cerpendek Terpendek cuba menyaingi Cerpen yang telah pun menulis Cerpen yang paling pendek pernah dihasilkan di dunia ini. Maka ceritanya bermula sebegini.

Pada suatu masa dahulu Cerpendek Terpendek dilahirkan di sebuah gua tergelap di dunia. Gua itu sangat gelap sekali kerana ianya terletak di bawah tanah yang sungguh jauh dari garisan aras laut. Warna batu-batu gua itu legam hitam dan tiada pernah suatu cahayapun masuk menyuluhsentuh ruang gua itu. Maka ianya adalah malam yang sungguh gelita dan pekat zulmat. 

Kini Cerpendek Terpendek telah pun tiada lagi kerana beliau telah mati dan menjadi tanah semula. Mustahil Cependek Terpendek pernah menulis sebuah cerpen kerana sudah pastilah dia tiada pena dan cahaya untuk menulis apa-apa pun. Demikianlah kisahnya sepertimana ianya dicatatkan oleh seorang penulis.