Sunday, January 29, 2012

KLIA dan KLCC

KLIA - Abidin Check In Berlepas Ke Maghribi. terus ke kurusi menungu. Flashback - di kawasan berlatarkan KLCC. 

KHATTAB

Abidin. Terima kasih. Ianya panjang lagi.

ABIDIN

Kekanda, Mata Nasrullah?

KHATTAB

Alaaa... Inna Nasrallahi Qariib. Ingatlah.... Pertolongan itu amat dekat. Jaga solat.

Abdidin buka bek sandangnya. Sebuah Qur'an kecil dikeluarkan. Melihatnya dan didekatkan dengan hatinya...

Di Masjid Putra;

Khattan keluar dari Masjid Sebuah kereta Perdana Hitam cermin gelap sampai. Bagaikan akan mengambil Khattab. Cermin hadapan dibuka. Seorang gadis berbaju putih berpurdah panduinya. 

GADIS

Jom. Kita ke sana. Minum air Ka Fura.

KHATTAB

Beta???

GADIS 

Bukan Beta... Ada .... Adawiyyah....

Khattab tergamam...

ABAH

Khattab.... Are you okay brah?

KHATTAB

Eh! Ada.... Oh! Abah....

ABAH

302 lagi... Ada alibi? Jom masuk

Khattab memasuki kereta... Kelihatan kereta hitam terus berjalan dan pergi..... Melintasi jambatan.......

Dilepaskan dan dibebaskan

Khattab dilepaskan dan dibebaskan daripada kedua-dua tuduhan masing-masing 302 KK dan 39B ADM. Di sebuah kelab malam di mana Master Sam selalu berada dengan pailangnya Khattab terjah masuk. Bersama Abidin. Semua ke tepi beri laluan bak mereka ii VVIP. Abidin cover di belakang Khattab.

Terus mendapatkan Master Sam. Khattab cekak lehernya. -pergaduhan- adik beradik Khattab pun ramai. Gedebuk gedebak di luar sana.

Khattab keluarka pisau pendeknya. Zaasss. Dia barikan peut Master Sam. Kau memang sial! Nah kau! Gedebuk gedebak. Khattab belah dan semua belah....

Kecoh maut gila kelab malam tu.

Lagu K-Pop....

Polis datang serbu jer kelab malam. Semua dah kosong. Lengang. Tinggal 3 orang SB sahaja. Polis pun kecoh buat laporan hubungi IPK.

Hening Subuh.... Khattab turun dari Istana Keadilan. Berjalan menuju ke Masjid Putra.

Wednesday, January 25, 2012

302 Kanun Keseksaan!

Belum sempat lagi 39B DDA habis dalam perbicaraan. Sekali lagi Khattab kena berdepan dengan 302 KK. Khabarnya kini tuduhan di atas kematian Beta. Melalui rekod telefon Beta dan maklumat di Hotel Bajet, Khattab dipercayai orang yang terakhir didapati berkomunikasi dan bersama dengan Beta sebelum kematiannya. lalu pertuduhan pun dibuat. Sekali lagi juga Abah memainkan peranannya membebaskan Khattab dengan ikat jamin. Kali ini benilai setengah juta.

Ibnu Daud membantu Abah dalam soal guaman bagi menghadapi kes yang dihadapi olh Khattab. Perbicaraan 302 dipercepatkan dari 39B DDA.

Kes 302 lebih mudah kerana Khattab ada pembelaan alibi yang kuat. Pada tarikh dan masa yang sama ketika Beta dikatakan mati, Khattab telah dapat dibuktikan berada di sebuah hotel di Ipoh. Kejadian pembunuhan berlaku di Lembah Kelang. Bukti CCTV Hotel, CCTV 7elevan, CCTV Stesyen Minyak, Bukti lokasi panggilan telefon yang dibuat oleh Khattab dan banyak lagi. 

Namun terdetik misteri? Siapakah yang membunuh Beta? 

Di Hotel Bajet, Di Lorong Sepi

Di Hotel Bajet

Khattab dan Beta. Beta, namanya Rabitah. Rabitah binti Dar Es Salam. Rabitah adalah seorang gadis funky yang kadang-kadang punk. Terlalu anti sosial. Punya wajah yang ayu dan garing. Adalah sahabat seperjuangan Khattab. Beliau menyelinap masuk dalam kumpulan kongsi 24. Kongsi 24. Diketuai oleh Sam Pak Leong. Biasa dipanggil Taiko Sam. Juga dipanggil Master Sam. Kadang-kadang dalam urusan biasa dipanggil Mr Leong. Beliau punya banyak bisnes gelap dan terang.

Beta akhirnya diminati oleh Taiko Sam untuk dijadikan salah seorang concubine nya. Beta memang terlalu funky dan punk dalam gayahidup. Beliau meminati muzikal K Pop.

Di Hotel Bajet tersebut, Beta dijadualkan bertemu dengan Khattab. Scene bermula dalam bilik air. Khattab sedang mandi. Tiba-tiba kelihatanair keluar dari eclahan pintu.... Lama kelamaan air kelihatan jadi warna bercampur merah darah.

Kelihatan Beta sedang bersolek di cermin. Gaya kelihatan mereka akan tidur. 

Khattab: (keluar dari bilik air) ... masih bersolek nampak... sudah ayu... tak solek pun lawa... anggun...

Beta: Wanita tetap wanita...

Khattab: Kau dah bersedia ker?

Beta: Aku tahu. Semakin dekat.

Khattab: Pintu taubat sentiasa terbuka. Mintalah keampunan padaNya.

Beta: Leong sudah perasan geriku. Aku tiada pilihan.

Khattab: Leong tu bermata tiga. Lebih bahaya dari mata keranjang.

Beta: Aku tahu. Pergerakannya. Dia jumpa ACP Kamil semalam.

Khattab: Kau ditangannya kini.

Beta: Zahirnya sahaja. Batinku dihatimu.

Khattab: Aku malu. Aku tak termampu. Dayaku amat terhad. Cukup terbatas.

Beta: Kita akan bertemu jua nanti. Di taman bustani. Yang mengalir di bawanya arak dan susu.

Khattab: Malam ini aku mesti pergi segera. Esok jangan hubungi aku. Kali ini untuk seminggu sahaja.

Beta: Sukar......

Khattab: Kenapa?

Beta: Hati ini.... akhir-akhir ni kerapa sangat.....

Khattab: Rindu???

Beta: (angguk) ...sambil air matanya berlianangan....

Aksi - Khattab memegang bahu Beta - menghadap Cermin - beta masih berlinangan air matanya

-----------------------------------------------
 Di Lorong Sepi

Beta turun dari Hotel Bajet. Berjalan berseorangan di lorong sepi. Celahan antara bangunan. Tiba-tiba tangannya direntap oleh Taiko Sam.

Taiko Sam: Tamat sudah....!

Beta: Leong..... apa ni?

Taiko menampar pipi Beta dan menjerit: siaaallll kauuuuu (gema) (suara echo).....

Sebuah kereta .... laju dan berhenti di sebelah Taiko Sam dan Beta. Taiko Sam menolak Beta tersungkur di jalanan.... "mampus kau!"

Kereta pergi. Beta bangun meneruskan perjalanan. Menuju ke kereta dan terus masuk ke dalam. Hidupka enjin. Tiba-tiba seseorang dari arah belakang. terus menjerut tengkuk Beta. Bunyi rontan. Dan......... 

Tuesday, January 24, 2012

Pertarungan!

Di depan kuburan Hamzah Khattab membaca sebuah puisi (suara dalam hati bergema) :

Di sana 

Kau akan minum Kaa Fura

Di dalam piala jaya


Dan kau akan minum lagi

Air Zanjabila

Dari mata air Salsabila


Buat laraskan tekakmu 
Yang dulu
Tika di fana' ini
Kau laharkan
Kebenaran
Kebenaran
Kebenaran
Kebenaran
Haq!


Masuk lagu : Mentera Semerah Padi.....

Abidin dan Khattab sedang bertarung di suatu kawasan di Kuala Lumpur. Kereta mereka diblok oleh sebuah kereta Hijau Kuning. Sebuah lagi kereta sampai di kanan dan sebuah van di belakang... 7 orang semuanya keluar. Seorang berlari pantas membuka bonet Jeep dan mengambil satu brief case. Brief case dibuka dan terlihat tepungan berbungkusan... Yang lain bertarung dengan koreografi yang menarik. Kawasan pergaduhan adalah lorongan. [Lokasi sebenar di Pekan Lama di Ipoh]

Yang mengambil brief case tersebut terus masuk ke dalam Hijau Kuning. Kereta Hijau Kuning terus memecut beredar dengan bunyi spinning... Sedikit aksi drift n drag... Setelah melihat kereta Hijau Kuning berlepas. Yang lain ("musuh") naik kereta satu lagi dan berlepas pergi. Abidin terus menaiki Van dan beredar. Juga Khattab. Bunyi siren kereta polis. Kawasan pergaduhan telah lengang sebaik sahaja kereta polis sampai. Kereta polis kemudiannya beredar dengan siren seperti mengejar penjenayah. Bunyi siren faded....

Di tempat kejadian. Lengang kembali. Kelihatan mamat graffit berlari ke arah dinding dan spray graffiti.... "Hamzah" dalam tulisan Jawi. Bermulalah lagu.... (*)

------------------------------------------------------------
Khattab dan Abidin keletihan masuk ke sebuah rumah. Abidin terus terlentok di ruang tamu. Khattab masuk ke bilik. Terus solat dan tidur di katil. Di sebelah katil ada suatu ruang di mana terdapat serbuk tepun di dalam bekas. Terbungkus banyak dan tersusun rapi di atas sebuah meja.

Suatu rempuhan oleh unit anti narkotik. Secara senyap merempu masuk dan memberkas Abidin dan Khattab. Mereka tak sempat berbuat apa-apa kerana tidur nyenyak keltihan. Barang kes dirampas. Mereka menaiki black maria... faded/cut to...

-----------------------------------------------------------------------------------------

Abah di pejabat peguamnya. Telefon abah berdering. Suatu panggilan ke balai. Khattab dan Abidin diikat jamin. RM300,000-00. Abah berjaya aturkan pelepasan dengan ikat jamin. Abidin pulang bersama orang lain. Khattab menaiki kerata abah dan bergerak bersama.

Abah: Sheikh sihat? Apa pesan sheikh?

Khattab: Banyakkan minum air. Kencing manis serang tanpa sedar. Dua botol air masak setiap hari.

Abah: Beta bagaimana?

Khattab: Dalam  bahaya.... Nyawanya...

Abah: Apa yang mesti dibuat?

Khattab: Barangkali takdirnya semakin dekat. Sudah tiada pilihan. Beta dijejaki. Gerinya semakin dikesan.

Abah: Diposkan dia dari Taiko Sam.

Khattab: Taiko Sam sudah menyayangi dia. Tak mungkin nak dipisahkan. Kelak akan tiris.

Abah: Tiada jalan lagikah?

Khattab: Amat sukar. Sukar sekali. Kes ini bagaimana?

Abah: Oh! nanti kita rujuk semula precedent. Barangkali soal kedekatan boleh dihujah.

Khattab: Maksud abah?

Abah: Ya, antara barang kes dengan dirimu ada jarak yang boleh dihujahkan kepada pemilikan dan kepunyaan. Barang itu bukan kepunyaanmu. Bukan dalam milikan kamu.

Khattab: ohhh! Peguam terhandal. Pasti dipermudahkan oleh Allah.

Abah: Ilmu itu milik Allah. Dan abah hanyalah seorang nazir yang memberikan penjelasan.

Khattab: Ya, abah. Namun rasanya dalam hal Beta nanti jua pasti khidmat abah diperlukan lagi.

Abah: Kuat benar rasa hatimu.

Khattab: Bila saat ajal sudah tiba, takkan bisa dipercepatkan sesaat mahupun dilewatkan Illahi.

Abah: Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Pengasihani. Kita bertawakkal kepadaNya.

Di pintu keluar sempadan - Immegresen Malaysia

Kereta/jeep dipandui Abdidin sampai di pintu keluar Immegresen Malaysia. Menyerahkan dokumen perjalanan. Dilihat oleh pegawai Immegresen. Senyuman oleh pegawai. Dicop dan kereta berjalan semula. Nampak keluar dari pintu masuk Immegresen Thailand. Perjalanan menuju ke Pekan Betong.

Papantanda - Betong .... km.

Nampak kereta masuk ke Pekan Betong. Restoran Seri Betong. Check In.

Dalam bilik hotel. Dialog.

Abidin: Malam ini rencananya bagaimana. Aku ke kelab. Urusan niaga kita.

Khattab: Bagus. Jumpa Haleng. Bilang padanya. Tujuh puluh tujuh tukar Tiga Puluh Enam. Baki ambil. Transaksi di Kota Langit. Di antra huruf Ya dan Siin. Jangan tamak. Pastikan semuanya okay.

Abidin: Kenapa Tiga Puluh Enam? Kenapa tidak sama?

Khattab: Kita nak berniaga lama. Bukan kejap-kejap. Bukan kali ni saja. Macam bola ping pong. Kuat kau lantunnya ke dinding, lagi deras ia sampai.

Abidin: Sedia faham. Jadi jumpa sheikh?

Khattab: Walid ada di Bangkok. Esok dia akan ke Mekkah. Ada urusan jamaah. Akan jumpa dia di Bangkok sebentar lagi.

Abidin: Naik apa ke sana?

Khattab: Buraq. (Senyum). Hmm...

Abidin: Oh ya.... Al Khunnas....

Khattab masuk ke bilik air dan melihat dia sedang ambil wudhu'.

Abidin: Nanti malam waktu dinihari. Aku jama'. Lepas jumpa Haleng di kelab. (suara dari luar bilik air).

Khatab selesai wudhu'. Keluar dari bilik air. Gapai sejadah. Bentang dan mulakan takbir.... (fade out/cut to)

-----------------------------------------------------------------

Di kelab - lagu - k-pop-

Abdidn masuk ke kelab. Disapa oleh beberapa orang.... "lamo dok nampo abe, wat gapo lo ni?" Abidin: "kawe sihak joo.... Oghe Kota Langik semuo kirey sale..." 

Abidin masuk ke dalam... Haleng sedang duduk di depan bar.... Sedang mabuk-mabukan... Abidin sapa dari belakang.... Abidin kepada Bar - Fresh Orange...

Abidin: Pa khabar be?

Haleng: Uhhhhh! Kawe sihak. Semakin molek... Mu guano lo ni... Lamo dok dengar berito mu?

Abidin: Abe Hamzoh dok ado laghi. Lo ni kawe saing denge abe Khottak. 

Haleng: Mu hati-hati lo ni.... Ciya dok mano-mano lo ni... Hengfon mu mesti tukar sokmo... 

Abidin: Tawakkal. Doh aze... Tawakkal...

Haleng: Iyo... Kawe lupo....

Abidin: Mu jange kuak sangat minung air setang ni. Doh baik tuk mu. Kalo bulih mu berenti jo. Nate harey tingga selalu...

Haleng: Tu kawe doh tahu doh... Kawe ni pung dah dok minung macang dulu... Ni daoh lamo kawe dok minung ni. Male ni jo pasal nok layang mung...

Abidin: (geleng kepala)

Haleng: Doh tu niago kito lagu mano?

Abidin: Tujuh tujuh tukar Tigo Ene..

Haleng: Bereh selalu. Bijok mu lo ni.

Abidin: Kota Langik. Berapo oghe? Keto warno apo?

Haleng: Tigo. Hijaa Kunin....

Abidin menyeluk sesuatu dari jaketnya dan berikan suatu sampul kepada Haleng. Haleng membukanya dan membaca suatu nota. Anggukkan kepala...

Haleng: Bereh.... Mu kabar Khattab. Kawe kiring sale..

Abidin: (Angguk...) Hmmm... Abidin meneguk air. Bunyi lagu k-pop kuat dan fade....


Kisah Hamzah (Sebermula)

Akhirnya Kisah Hamzah pun dicatatkan. Pada Januari 2012. Akan ditayangkan sebagai sebuah filem pendek yang akan diarahkan oleh Zambry bin Zainal Abidin yang dipandubimbing oleh sifunya, Pengarah Abror Rivai. Filem Pendek ini akan dituliskan skripnya secara asasnya oleh Ahmad Ansor Batubara. Beginilah Kisah Hamzah.

Hamzah bin Hamzah. Itulah nama yang diberikan kepadanya oleh Syeikh Muhammad Rasyad. Nama gelar Hamzah ialah Al Khunnas. Dicatatkan pada permulaan cerita ini, suatu pengkebumian seorang jenazah oleh Bapak. Bapak tinggal berseorangan di sebuah rumah di atas gunung. Bapak sedang menggali kubur untuk Hamzah disemadikan.

Suatu sinematik pada fajar yang sedang mempersiangkan dirinya. Sebuah kereta jeep memanjat bukit. Barangkali ini adalah suatu lokasi di Cameron Highlands. Sedang membelok-belok jalan sebuah jeep yang dipandu oleh Abidin bin Aliuddin dan disebelahnya Khattab bin Umar akhirnya sampailah jeep tersebut di pondok usang Bapak. Bapak sudah tua usianya. Barangkali sudah 60 tahun lebih. Tetapi masih dilihat gagah bak orang yang usianya 40an. 

Kamera memaparkan wajah fajar yang sedang dilimpahi cahaya fajar yang menyinsing. Turun memusar melihat keliling alam maya dan memfokuskan pada suatu sudut di mana Bapak sedang mencangkul kuburan buat jenazah Hamzah. Sampailah Jeep tersebut di atas gunung itu. Lalu Khattab memikul jenazah bersama Abidin dan membawanya berdekatan dengan kubur yang telah digali.

Abidin/Khattab: Assalamualaikum Bapak 

Bapak: Alaikum Salam. Sudah disolatkan? Ana sudah solat ghaib untuk almarhum.

Khattab: Kita sempurnakan ia.

Lalu proeses penyempurnaan pengkebumian dilaksanakan. Kubur ditimbus semula oleh tiga orang.

Sebatang pohon ditandakan di atas kuburan. 

Talkin bermula. Pembacaan Surah Al Insan. Suara Khattab mengetuai Talkin. Surah Al Insan dilaungkan dengan merdu sekali......

Ketika Surah Al Insan dibacakan - paparan imej kelam-kelam fade out pada tiga susuk tubuh kepada perjalanan sebuah kereta menuju ke Betong....

Dialog di dalam kereta/jeep.....

Khattab: Aku suka makan tauchu. Ikan Kembong taucu. Ikan ...mesti digoreng garing..

Abidin: Garing.... tapi jangan garing sangat. Nanti tak terasa isinya.

Khattab: Bulung Gadong tahu?

Abidin: Pucuk Ubi Tumbuk, masak lemak, daging salai, bunga kantan, ditumbuk lumat-lumat. Hmm enak!

Khattab: Di depan ni ada Restoran. Tasik Raban. Sinipun enak!

Abdidin: Ya, makan. Jangan kena makan sudah!

Khattab: Tawakkal. Sudah azam. Tawakkal.

Abidin: Alhamdulillah. Ma'thuraat sudah.

Khattab: Depan sana......., 3 km, belok kanan.

Makan di Restoran Tasik Raban.

Meneruskan perjalanan ke Betong.

Seterusnya, di sempadan Pengkalan Hulu - Betong. (Di Immegresen Malaysia) 

---- bersambung ------