Wednesday, January 25, 2012

Di Hotel Bajet, Di Lorong Sepi

Di Hotel Bajet

Khattab dan Beta. Beta, namanya Rabitah. Rabitah binti Dar Es Salam. Rabitah adalah seorang gadis funky yang kadang-kadang punk. Terlalu anti sosial. Punya wajah yang ayu dan garing. Adalah sahabat seperjuangan Khattab. Beliau menyelinap masuk dalam kumpulan kongsi 24. Kongsi 24. Diketuai oleh Sam Pak Leong. Biasa dipanggil Taiko Sam. Juga dipanggil Master Sam. Kadang-kadang dalam urusan biasa dipanggil Mr Leong. Beliau punya banyak bisnes gelap dan terang.

Beta akhirnya diminati oleh Taiko Sam untuk dijadikan salah seorang concubine nya. Beta memang terlalu funky dan punk dalam gayahidup. Beliau meminati muzikal K Pop.

Di Hotel Bajet tersebut, Beta dijadualkan bertemu dengan Khattab. Scene bermula dalam bilik air. Khattab sedang mandi. Tiba-tiba kelihatanair keluar dari eclahan pintu.... Lama kelamaan air kelihatan jadi warna bercampur merah darah.

Kelihatan Beta sedang bersolek di cermin. Gaya kelihatan mereka akan tidur. 

Khattab: (keluar dari bilik air) ... masih bersolek nampak... sudah ayu... tak solek pun lawa... anggun...

Beta: Wanita tetap wanita...

Khattab: Kau dah bersedia ker?

Beta: Aku tahu. Semakin dekat.

Khattab: Pintu taubat sentiasa terbuka. Mintalah keampunan padaNya.

Beta: Leong sudah perasan geriku. Aku tiada pilihan.

Khattab: Leong tu bermata tiga. Lebih bahaya dari mata keranjang.

Beta: Aku tahu. Pergerakannya. Dia jumpa ACP Kamil semalam.

Khattab: Kau ditangannya kini.

Beta: Zahirnya sahaja. Batinku dihatimu.

Khattab: Aku malu. Aku tak termampu. Dayaku amat terhad. Cukup terbatas.

Beta: Kita akan bertemu jua nanti. Di taman bustani. Yang mengalir di bawanya arak dan susu.

Khattab: Malam ini aku mesti pergi segera. Esok jangan hubungi aku. Kali ini untuk seminggu sahaja.

Beta: Sukar......

Khattab: Kenapa?

Beta: Hati ini.... akhir-akhir ni kerapa sangat.....

Khattab: Rindu???

Beta: (angguk) ...sambil air matanya berlianangan....

Aksi - Khattab memegang bahu Beta - menghadap Cermin - beta masih berlinangan air matanya

-----------------------------------------------
 Di Lorong Sepi

Beta turun dari Hotel Bajet. Berjalan berseorangan di lorong sepi. Celahan antara bangunan. Tiba-tiba tangannya direntap oleh Taiko Sam.

Taiko Sam: Tamat sudah....!

Beta: Leong..... apa ni?

Taiko menampar pipi Beta dan menjerit: siaaallll kauuuuu (gema) (suara echo).....

Sebuah kereta .... laju dan berhenti di sebelah Taiko Sam dan Beta. Taiko Sam menolak Beta tersungkur di jalanan.... "mampus kau!"

Kereta pergi. Beta bangun meneruskan perjalanan. Menuju ke kereta dan terus masuk ke dalam. Hidupka enjin. Tiba-tiba seseorang dari arah belakang. terus menjerut tengkuk Beta. Bunyi rontan. Dan......... 

No comments: