Wednesday, January 25, 2012

302 Kanun Keseksaan!

Belum sempat lagi 39B DDA habis dalam perbicaraan. Sekali lagi Khattab kena berdepan dengan 302 KK. Khabarnya kini tuduhan di atas kematian Beta. Melalui rekod telefon Beta dan maklumat di Hotel Bajet, Khattab dipercayai orang yang terakhir didapati berkomunikasi dan bersama dengan Beta sebelum kematiannya. lalu pertuduhan pun dibuat. Sekali lagi juga Abah memainkan peranannya membebaskan Khattab dengan ikat jamin. Kali ini benilai setengah juta.

Ibnu Daud membantu Abah dalam soal guaman bagi menghadapi kes yang dihadapi olh Khattab. Perbicaraan 302 dipercepatkan dari 39B DDA.

Kes 302 lebih mudah kerana Khattab ada pembelaan alibi yang kuat. Pada tarikh dan masa yang sama ketika Beta dikatakan mati, Khattab telah dapat dibuktikan berada di sebuah hotel di Ipoh. Kejadian pembunuhan berlaku di Lembah Kelang. Bukti CCTV Hotel, CCTV 7elevan, CCTV Stesyen Minyak, Bukti lokasi panggilan telefon yang dibuat oleh Khattab dan banyak lagi. 

Namun terdetik misteri? Siapakah yang membunuh Beta? 

No comments: